Pages

Tuesday, March 1, 2011

Trout Pertama NZ, dinaikkan di Waitaki, Oamaru

Trout yang berjaya dinaikkan dengan Toby banana 12 g


Sekitar Mac 2010,


Setelah berminggu-minggu memancing berulang alik ke Balclutha, akhirnya berkat kesabaran mengunjung Sungai Waitaki setiap hari semasa berada di Oamaru, maka naiklah Trout pertama di NZ.

Trout tidaklah sebesar mana, sambarannya pun betul-betul di sebuah 'pool' di antara dua arus tidak sampai satu meter dari hujung kaki.

Dengan tali 20lb, seret terus naik ke pantai berbatu-batu. Kurang keseronokan melawan namun keseronokan menaikkan trout mengubati duka dan lara kemarau ikan berminggu lamanya.

Trout lebih kurang 1kg warna agak terang.


Dek kerana Trout terlalu panjang dan tidak muat peti ais dan saya sungguh malas menyiang, maka Trout diberikan kepada Pak Tam iaitu orang lama di Oamaru.

Sagu hati untuk Pak Tam yang telah memperkenalkan Sungai Waitaki kepada saya.

Dua hari sebelum menaikkan Trout ini, saya dan Pak Tam datang untuk memburu Salmon namun tiada hasil dan tiada sebarang gambar dirakamkan.





1 comment:

  1. La malat rupanya mullet. Mahal tau ikan tu kat england.steam masak kari asampedas bakar semua ok....

    ReplyDelete