Pages

Thursday, September 8, 2011

Taeri River- Fly fishing

Che Det meranduk air sungai untuk membuat lontaran lebih jauh menggunakan spinning set

Cubaan yang sama di sudut yang berlainan




Hero mencuba fly fishing untuk kali pertama

Percubaan pertama untuk memancing menggunakan set fly di Sungai Taeri tidak membuahkan hasil.

Trip tersebut sekitar pertengahan November 2010 meliputi penggunaan spinning dan fly set.

Balingan demi balingan dibuat namun kerana masih terlalu baru dan amatur ketika itu, balingan tidak jauh dan kekerapan ikan timbul pada jarak dekat adalah sangat rendah.

Walaupun pulang tangan kosong, saya tetap berpuas hati kerana balingan fly cast saya menunjukkan peningkatan.

InsyaAllah kali-kali berikutnya bakal membuahkan hasil .

Otago Harbour- Blue Cod





Gambar-gambar di ambil pada awal November 2010 iaitu pada permulaan musim panas di New Zealand.

Dan lawatan ke bahagian bangunan bercermin yang merupakan lubuk Blue Cod membuahkan hasil untuk Che Det, di mana dia berjaya menaikkan Blue Cod pertamanya yang agak besar.

Sungai Clutha- Pesta Air Surut


Seperti biasa hero membuka tirai

Rezeki hero yang tak putus-putus


Aneka saiz ikan Perch yang tertipu dengan Abu Tormentor Fire Tiger



Tersenyum lebar tatkala menaikkan ikan Perch hanya dengan sekali baling sahaja


Munir tak melepaskan peluang melayan tarikan



Azli dan Perch pertamanya



Gigih mencabut spoon dari mulut ikan


Che det dan ikan Perch yang merasmikan spoon baru beliau

Hasil yang dibawa pulang


Sekitar Disember 2010, tidak pasti hujung atau awal bulan kami bertolak ke Sungai Clutha dengan 2 buah kereta.

Pemancing-pemancing biasa dari Dunedin ditambah dengan Abang Man dari Christchurch yang berkunjung melawat isterinya yang belajar di Dunedin.

Air sungai waktu itu surut kerana air laut sedang surut. Namun, kelibat ikan trout melompat-lompat membaham anak-anak ikan jelas kelihatan.

Agak sukar untuk ke lokasi trout kerana sudah betul-betul di tengah sungai dan paras air yang terlalu surut membuatkan keadaan tebing berlumpur menjadi bahaya dengan kesan pasir jerlusnya.

Jadi, kami mencari bahagian tebing sungai yang keras dan "pool" yang agak dalam dan memancing "kerapu" sungai Clutha iaitu ikan Perch.

Ikan Perch dinaikkan tanpa henti dan saiz-saiz terpilih yang sedap di masak sahaja yang di bawa pulang.

Walaupun agak hampa pulang tanpa sebarang Trout, namun kami sangat puas melayan tarikan Perch.