Pages

Saturday, January 29, 2011

Memancing Trout

Untuk memancing trout, pelbagai teknik boleh digunakan. Antara teknik-teknik yang digunakan ialah fly fishing, spin fishing, spin fly, dan bait fishing.

Bagi mereka yang baru memancing pertama kali, teknik spin fishing adalah teknik asas yang sangat mudah untuk difahami dan dipelajari lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah menyentuh joran seumur hidup.

Set asas yang paling murah boleh dibeli dengan harga NZ$ 20.00 di pasaraya. Set ini yang dikeluarkan oleh jenama Jarvis Walker bersaiz 6 kaki 2 piece dan reel 1BB dengan tali 12lb.

Namun begitu, anda dengan mudah boleh membezakan dan menentukan kualiti set ini kerana mereka yang berpengalaman pasti mahukan set yang lebih selesa dan berkualiti dalam lingkungan NZ$ 50 ke atas.

Umpan atau lure yang sangat biasa digunakan ialah Toby lure. Toby lure sebenarnya adalah nama panggilan kerana nama sebenar lure tersebut adalah Turbo Lure dari Killwell Fishing ,sebuah brand terkemuka New Zealand.

Nama Toby digunakan kerana konsep lure tersebut diambil dari lure lagenda Toby dari Abu Garcia yang popular sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Killwell telah mempopularkan konsep tersebut di New Zealand dan mewarna-warnikan lure mereka . 'Toby" lure dari killwell kini terdapat dalam lebih kurang 20 jenis warna berbanding 3 warna sahaja dari Abu Garcia iaitu gold ,silver dan zebra.

Selepas hampir 20 tahun, 'Toby' ini telah mempunyai warna-warna spesifik yang sinonim dengan sungai-sungai tertentu.

Contohnya, warna gold dan banana sangat digemari ikan-ikan di sungai Clutha. Warna biru di sungai Roxbourgh manakala warna hijau di Sungai Taeri.



Kadangkala adalah penting untuk membawa lebih daripada 1 warna kerana kadang-kadang warna yang popular tidak menjadi dan warna-warna lain yang tidak disangka-sangka pula disambar ikan.

Oleh itu, pemancing hendaklah lebih kreatif dan peka terhadap selera ikan selain mengambil kira faktor cuaca, warna air dan waktu memancing kerana penglihatan ikan berubah-ubah mengikut faktor tersebut.

Antara umpan lain yang popular ialah Tasmanian Devil lure. Renangan Tassie lure ini boleh dikatakan amat menggiurkan. Liuk-lentok renangannya diibaratkan seperti ikan cedera menggamit trout mencetuskan sambaran.


Sama seperti toby style lure, Tassie lure terdapat dalam pelbagai warna dan antara yang paling universal dan berkesan ialah Tassie traffic light.


Koleksi Killwell Turbo Lure di sini

Monday, January 24, 2011

Lesen Memancing New Zealand



Setelah lebih kurang seminggu membuat pembayaran online di website Fish & Game New Zealand, akhirnya saya menerima lesen memancing pertama saya.

Lesen yang dibeli online lebih kemas dan cantik seperti dalam gambar. Lesen juga boleh dibeli di mana-mana kedai menjual alatan memancing namun apa yang anda perolehi cuma sekeping resit tertera nama dan alamat anda.

Walaupun agak kurang kemas dan cantik seperti kad yang diperolehi dari pembelian online, kedai-kedai menjual alatan memancing biasanya akan memberi free gift seperti kacamata polarised, lure atau apa sahaja bergantung pada kedai masing-masing.

Lesen ini sah di semua sungai di pulau utara dan selatan kecuali di Taupo. Taupo merupakan sebuah daerah di Pantai Barat Pulau Selatan di mana terdapat banyak tasik-tasik kecil, sungai dan terusan. Taupo juga merupakan pusat penternakan Salmon dan ikan air tawar yang lain. Oleh sebab itu mungkin penguatkuasaan di sana lebih ketat.

Berapa harga lesen memancing? Untuk pengetahuan anda setiap tahun harganya akan bertambah. Untuk tahun 2009/2010 lesen ini sah dari 1 Oktober 2009 sehingga 30 September 2010. Saya agak rugi juga kerana membeli lesen pada hujung bulan Februari 2009.

Pada kadar purata bagi pemancing tegar, mereka membayar kira-kira NZ$ 2.00 seminggu untuk memancing menjadikan harga keseluruhan lebih kurang NZ$ 100.

Tanpa melengahkan masa, saya dan kawan-kawan iaitu Munir dan Bukhari terus menyerang Sungai Clutha. Beberapa trip awal agak mengecewakan kerana pada masa itu ikan sudah memilih dan bijak.

Sungai Clutha

Walaupun telah berada di New Zealand hampir 5 tahun, saya belum berkesempatan menjejakkan kaki ke Sungai Clutha sebagai pemancing. Sungai Clutha terletak di Pulau Selatan kira-kira 1 jam perjalanan dari bandar yang saya tingaal iaitu Dunedin.

Pekan kecil Balclutha merupakan pekan yang terbina di tepi lingkaran Sungai Clutha. Saya pernah menghadiri "attachment" bagi modul rural Medicine di pekan ini namun tidak berkesempatan meninjau sungai-sungai sekitar. Tambahan pula, waktu itu musim sejuk 2007. Pemancing tegar pun tidak turun ke sungai kerana ikan terlampau pasif.

Namun, sekembali ke tanah besar " land of long white clouds", bagaikan diracun setelah melihat gambar-gambar Munir dan Buk yang telah menjadi 'full time fishermen" semasa summer 2009.


Buk dan Trout pertama dari Sungai Roxburgh



Munir dan brown trout Sungai Clutha


Tangkapan pertama Buk dari Sungai Clutha


Munir dengan brown trout dan Buk dengan perch.



Sisa-sisa musim summer yang berakhir sekitar Februari/Mac 2010 tidak disia-siakan. Saya terus membeli lesen memancing dan kegilaan memburu trout pun bermula!

Saturday, January 22, 2011

Tasik Seksyen 7, Shah Alam


Saya sempat memancing dengan tegar di Tasik Seksyen 7 Shah Alam ini sebelum MBSA menguatkuasakan undang-undang dilarang memancing.

Tasik ini pada awal-awal pengumpulan kaki pancing memang meriah setiap hujung minggu terutamanya. Kelihatan pengunjung datang bersama keluarga memancing talapia dan ikan-ikan kecil lain di sini.

Semua itu adalah sekitar tahun 2008 dan pada tahun 2009 saya kembali semula semasa musim cuti panas dan betapa terkejut apabila mendapati terdapat papan tanda besar.

"DILARANG MEMANCING DENDA RM 2000"

Penguatkuasaan ini sedikit sebanyak mengecewakan semua kaki pancing untuk melepas gian dan juga mereka-mereka yang datang ke sini bersama keluarga memancing bagi mengeratkan hubungan kekeluargan.

Namun begitu, saya sangat pasti, ini adalah tindakan terbaik MBSA kerana jika tidak dikawal, habitat ikan disitu akan musnah dan jumlah ikan juga akan berkurang atau habis.

Ini berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang saya lakukan. Rata- rata yang datang ke sini membawa pulang semua jenis ikan tidak kira saiz. Anak talapia sebesar ibu jari kaki pun dibawa pulang.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengunjung yang suka membuang sampah dimerata-rata .

Pernah suatu hari sekitar awal 2009 saya amat marah kerana suatu pagi selepas hujan 2 hari reda, air tasik itu melimpah dan yang mengecewakan saya ialah timbunan sampah.

Yang pasti, itu adalah sampah sarap kawasan sekitar, ditambah dengan sampah sarap tinggalan pengunjung dan juga yang disalirkan dari kawasan perumahan.

Apabila air tasik surut, pekerja-pekerja bangla bertungkus lumus membersihkan dan mengumpul sampah sarap yang terdampar di tepi tasik.

Seandainya tabiat ini tidak berubah, mana mungkin kita boleh mencapai tahap seperti negara maju dari apa segi sekalipun kerana perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang tidak bertamadun sekaligus merosakkan keindahan alam semula jadi.










Wednesday, January 19, 2011

Udang Harimau








Sekitar Disember 2008 dan awal tahun 2009 bertempat di kolam memancing udang Alam Megah Shah Alam.

Kolam yang suatu ketika dahulu meriah namun kini sudah ditutup tanpa sebab-sebab yang diketahui.


Tuesday, January 18, 2011

Menjala Malat












Aktiviti perikanan tidak terhenti selepas kembali ke New Zealand tahun berikutnya. Walaupun berehat sebentar pada 2007, dek kerana tumpuan pada masa itu diberikan sepenuhnya pada pelajaran, persatuan dan aktiviti-aktiviti sosial kemasyarakatan di Dunedin.

Namun begitu, di atas semangat nelayan yang tinggi, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan saudara Faizal untuk menjala ikan di kuala Sungai Leith disambut dengan penuh minat.

Pada 2 hari di akhir-akhir Ramadhan tahun 2008, di mana Masjid Al-Huda qariah Dunedin menjalankan hidangan berbuka puasa secara percuma, saudara Faizal dengan selamba volunteer untuk memasak. Menu masakan pada ke dua-dua hari tersebut adalah berteraskan ikan! Ikan fresh dari muara yang ditangkap dan diberi makan kepada lebih kurang 200 orang selama 2 hari.

Ikan-ikan bersaiz 300g - 500g ini adalah ikan Malat. Orang-orang putih New Zealand kurang menggemari ikan ini kerana mereka tidak pandai masak resepi-resepi yang pelbagai seperti orang Maori, Pacific Islander atau Melayu.

Bagi orang-orang putih ini, mereka cuma pandai dan suka masak stim, bakar dan goreng dengan butter. Oleh itu menu kegemaran mereka ini cuma terhad pada ikan-ikan yang memang secara semula jadi berperisa seperti Salmon dan Cod.

Ikan Malat yang rasanya agak tawar merupakan second class fish bagi mereka dan tidak hairanlah jika terdapat berbondong-bondong ikan di kuala sungai yang kecil itu. Tidak pelik dan tidak susah untuk mendapat 2-3 tong penuh dalam anggaran ratusan ekor sehari.

Pada petang 1 syawal bersamaan 3 Oktober 2008, kami beramai-ramai mengikut Abang Faizal Singapore, selaku ketua nelayan dan pemancing tegar menjala Malat di kuala Sungai Leith. Jarak kuala sungai tersebut cuma lebih kurang 500 meter dari kediaman kami dan Sungai Leith ini mengalir dari puncak bukit dan merentasi bangunan - bangunan utama University Of Otago.



Friday, January 14, 2011

Summer 06/07





Selongkar hard disk mencari gambar-gambar memancing trout terjumpa pula gambar percutian ke Melaka sekitar Disember 2006- Januari 2007.

Percutian keluarga kali ini diselitkan dengan aktiviti memancing di tengah-tengah panas Pantai Klebang.

Penat memandu kereta mencari umpan umpun-umpun sampai ke ceruk kampung, namun yang menjadi pilihan sembilang dan belut adalah udang pasar!