Pages

Saturday, January 29, 2011

Memancing Trout

Untuk memancing trout, pelbagai teknik boleh digunakan. Antara teknik-teknik yang digunakan ialah fly fishing, spin fishing, spin fly, dan bait fishing.

Bagi mereka yang baru memancing pertama kali, teknik spin fishing adalah teknik asas yang sangat mudah untuk difahami dan dipelajari lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah menyentuh joran seumur hidup.

Set asas yang paling murah boleh dibeli dengan harga NZ$ 20.00 di pasaraya. Set ini yang dikeluarkan oleh jenama Jarvis Walker bersaiz 6 kaki 2 piece dan reel 1BB dengan tali 12lb.

Namun begitu, anda dengan mudah boleh membezakan dan menentukan kualiti set ini kerana mereka yang berpengalaman pasti mahukan set yang lebih selesa dan berkualiti dalam lingkungan NZ$ 50 ke atas.

Umpan atau lure yang sangat biasa digunakan ialah Toby lure. Toby lure sebenarnya adalah nama panggilan kerana nama sebenar lure tersebut adalah Turbo Lure dari Killwell Fishing ,sebuah brand terkemuka New Zealand.

Nama Toby digunakan kerana konsep lure tersebut diambil dari lure lagenda Toby dari Abu Garcia yang popular sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Killwell telah mempopularkan konsep tersebut di New Zealand dan mewarna-warnikan lure mereka . 'Toby" lure dari killwell kini terdapat dalam lebih kurang 20 jenis warna berbanding 3 warna sahaja dari Abu Garcia iaitu gold ,silver dan zebra.

Selepas hampir 20 tahun, 'Toby' ini telah mempunyai warna-warna spesifik yang sinonim dengan sungai-sungai tertentu.

Contohnya, warna gold dan banana sangat digemari ikan-ikan di sungai Clutha. Warna biru di sungai Roxbourgh manakala warna hijau di Sungai Taeri.



Kadangkala adalah penting untuk membawa lebih daripada 1 warna kerana kadang-kadang warna yang popular tidak menjadi dan warna-warna lain yang tidak disangka-sangka pula disambar ikan.

Oleh itu, pemancing hendaklah lebih kreatif dan peka terhadap selera ikan selain mengambil kira faktor cuaca, warna air dan waktu memancing kerana penglihatan ikan berubah-ubah mengikut faktor tersebut.

Antara umpan lain yang popular ialah Tasmanian Devil lure. Renangan Tassie lure ini boleh dikatakan amat menggiurkan. Liuk-lentok renangannya diibaratkan seperti ikan cedera menggamit trout mencetuskan sambaran.


Sama seperti toby style lure, Tassie lure terdapat dalam pelbagai warna dan antara yang paling universal dan berkesan ialah Tassie traffic light.


Koleksi Killwell Turbo Lure di sini

No comments:

Post a Comment