Pages

Monday, January 24, 2011

Lesen Memancing New Zealand



Setelah lebih kurang seminggu membuat pembayaran online di website Fish & Game New Zealand, akhirnya saya menerima lesen memancing pertama saya.

Lesen yang dibeli online lebih kemas dan cantik seperti dalam gambar. Lesen juga boleh dibeli di mana-mana kedai menjual alatan memancing namun apa yang anda perolehi cuma sekeping resit tertera nama dan alamat anda.

Walaupun agak kurang kemas dan cantik seperti kad yang diperolehi dari pembelian online, kedai-kedai menjual alatan memancing biasanya akan memberi free gift seperti kacamata polarised, lure atau apa sahaja bergantung pada kedai masing-masing.

Lesen ini sah di semua sungai di pulau utara dan selatan kecuali di Taupo. Taupo merupakan sebuah daerah di Pantai Barat Pulau Selatan di mana terdapat banyak tasik-tasik kecil, sungai dan terusan. Taupo juga merupakan pusat penternakan Salmon dan ikan air tawar yang lain. Oleh sebab itu mungkin penguatkuasaan di sana lebih ketat.

Berapa harga lesen memancing? Untuk pengetahuan anda setiap tahun harganya akan bertambah. Untuk tahun 2009/2010 lesen ini sah dari 1 Oktober 2009 sehingga 30 September 2010. Saya agak rugi juga kerana membeli lesen pada hujung bulan Februari 2009.

Pada kadar purata bagi pemancing tegar, mereka membayar kira-kira NZ$ 2.00 seminggu untuk memancing menjadikan harga keseluruhan lebih kurang NZ$ 100.

Tanpa melengahkan masa, saya dan kawan-kawan iaitu Munir dan Bukhari terus menyerang Sungai Clutha. Beberapa trip awal agak mengecewakan kerana pada masa itu ikan sudah memilih dan bijak.

1 comment:

  1. Nasib baik malaysia xbuat mcm ni, kalau tidak jenuhla nak mengai pon susah.

    ReplyDelete