Pages

About


Blog trouthunter dalam usaha mengumpulkan kembali gambar-gambar beserta cerita dan laporan memancing di bumi New Zealand .

Aktiviti memancing dimulakan secara serius sejak Februari 2010 dan blog ini telah wujud sejak tahun lepas namun tidak aktif kerana kesibukan dengan tugas harian.

Semoga rakan-rakan memancing dapat terus menyokong blog trout hunter disamping berkongsi cerita suka duka memancing dan kita sama-sama menyemarakkan lagi sukan ini tidak kira di mana sahaja kita berada.

Jika terdapat entry atau posting yang cuma ada cerita tanpa gambar atau gambar tanpa cerita diharap pengunjung blog dapat memaafkan saya.

Gambar-gambar sedang dikumpulkan dari semasa ke semasa dan saya sendiri agak ketinggalan dalam mengemaskini mengikut urutan sedangkan dalam masa yang sama aktiviti memancing masih berjalan.