Pages

Monday, March 28, 2011

Membuat Pembelian Online Part 1- EBAY

Antara lure terawal yang dibeli online secara berperingkat-peringkat


Rata-rata pemancing pasti bersetuju jika saya katakan mustahil untuk seorang kaki pancing tegar ke kedai pancing dan kemudian pulang tanpa membeli apa-apa.

Paling tidak, pasti ada gewang, atau apa sahaja alatan lain yang dibeli. Kalau difikirkan balik, kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal diri. Memang terasa hendak beli, tangan mencapai barang, dan kemudian membuat pembayaran seperti dirasuk satu kuasa. Tidak ada sebarang penyesalan malah memberi sejenis kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Di New Zealand, gewang 'hard lure' sangat mahal. Sebiji Rapala X Rap8 Slash Bait berharga NZ$23 iaitu lebih kurang RM 50. Selain Rapala, Halco, Berkley dan Storm juga agak popular namun harga setiap satu tidak kurang dari NZ $20. Tambahan pula, kedai pancing tidak banyak dan pemancing tidak mempunyai banyak pilihan seperti di Malaysia.

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat banyak alternatif dan pembelian secara online memudahkan urusan ini namun ada juga kelemahan dan keburukan disebalik pembelian online.

Pembelian gewang secara online bermula semenjak kejayaan menaikkan ikan dengan lure Abu Tormentor yang dibeli di Malaysia. Azam saya untuk season baru 2010/2011 ialah untuk menaikkan ikan menggunakan hard lure dan menguasai teknik dan penggunaannya.

Pembelian pertama di buat di Ebay, walaupun pada masa itu tedapat banyak kedai online yang lain. Antara lure yang dibeli ialah Rapala F9, Xrap8, dan Husky Jerk. Memang berbaloi dengan pembelian pukal ini, purata harga setiap lure adalah lebih kurang NZ $ 10 hingga NZ$11 iaitu kira-kira RM 22 hingga RM 25. Murah bukan?

Selepas pembelian pertama berjalan lancar tanpa masalah, saya meneruskan pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya tanpa ragu-ragu. Tanpa disedari, seperti ada kuasa baru yang mempengaruhi saya menekan butang buy now setelah 'window shopping' di Ebay .

Monday, March 21, 2011

Spesies Air Masin di New Zealand- Marlin

Spesies ikan air masin di New Zealand agak terhad jika dibandingkan dengan ikan-ikan yang terdapat di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Walaupun terhad, pemancing-pemancing air masin masih berpeluang untuk menikmati "Big Game' untuk ikan-ikan laut dalam seperti Tuna, Sailfish dan Marlin.

Namun begitu, saya masih belum berkesempatan menduga game fish air masin di sini. Masa dan kemampuan sekarang hanya cukup untuk bermain di tepi-tepi pelabuhan dan pantai.

Bagi penggemar Marlin, pantai barat Pulau Selatan merupakan syurga bagi spesies ini. Terdapat beberapa syarikat tempatan atau juga dikenali sebagai "fishing charter" menawarkan perkhidmatan kepada pelancong luar yang datang dan menginginkan pertarungan sengit dengan spesies ini.



Sumber gambar:
http://www.nzgamefishing.com/
http://www.deepseafishing.co.nz/
http://www.nzfish.com/

Friday, March 18, 2011

Lesen memancing 2010/2011





Bahagian belakang lesen

Polarised sunglasses percuma jenama kedai. Kedai ini mempunyai rangkaian franchise di seluruh NZ

Lesen memancing yang dibeli di kedai. Kurang cantik tidak seperti lesen season lepas yang datang dalam bentuk kad keras.

Dan lesen kali ini telah dinaikkan sedikit harganya. Maklumlah semua benda naik harga sampai barang-barang berkaitan memancing pon terkena tempiasnya.

Dengan pembelian terus dari kedai, season kali ini Hunting & Fishing menawarkan kacamata polarised jenama mereka secara percuma .

Wednesday, March 16, 2011

Southern Reservoir Repeat

Selepas Aidilfitri 2010 yang lepas, saya cuba mencari-cari masa untuk memancing namun kerana kesibukan dan komitmen di luar daerah iaitu di Invercargill, niat tersebut terpaksa ditangguhkan.

Perjalanan sehala dari Dunedin ke Invercargill memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Perlananan tersebut merentasi beberapa lokasi 'hot spot' memancing di South Island.

Dunedin->Outram -> Balclutha -> Gore->Mataura->Invercargill

Outram terkenal dengan sungai Taeri sebagai fly-fishing spot, Balclutha dengan jolokan "Big river town" , Gore pula "town of Brown trout" , dan Mataura sendiri ialah "syurga pemancing seluruh dunia".

Namun kerana kesibukan, terlupa langsung membawa peralatan memancing dan kesuntukan masa tidak mengizinkan kami berhenti di mana-mana.

Perjalanan balik saya ke Dunedin ditemani saudara Musab. Oleh kerana musim baru telah bermula, dan saya sendiri teringin sangat memancing setelah agak lama terperuk di Invercargill, kami telah merancang untuk memancing sekembalinya ke Dunedin.

Lesen saya diperbaharui di kedai alatan memancing di Invercargill. Lesen kali ini tidak secantik seperti lesen musim lepas yang dibeli secara online. Kali ini cume setakat mendapat kertas seperti resit nombor ekor tertera nama, alamat, dan nombor lesen. Bonusnya, apabila membeli lesen di kedai-kedai sebegini, lesen selalunya disertai dengan 'free gift' . Untuk season kali ini, kedai Fishing & Hunting menawarkan hadiah kacamata polarised jenama kedai mereka.

Musab yang sudah beberapa kali menyuarakan hasrat memancing telah membeli lesen 24 jam bagi mencuba menimba pengalaman memancing.

Sampai sahaja di Dunedin, kami terus mengambil alatan dan senjata perang untuk menyerang tempat yang tidak pernah menghampakan kami iaitu Southern Reservoir.

Kebetulan, minggu lepas tersiar berita di dada akhbar bahawa pihak Fish & Game telah melepaskan kira-kira 200 ekor ikan ke dalam Southern Reservoir. Ini adalah persediaan hari memancing 'Kid fishing Day ' bersempena kempen "take your kids out for fishing' bagi menanam minat memancing dikalangan kanak-kanak. Pertandingan ini percuma untuk peserta, dan hadiahnya boleh tahan tapi tidaklah selumayan GP Joran.

Menurut Ranger yang kerap datang membuat pemeriksaan lesen dan pematuhan undang-undang, ikan terberat yang dilepaskan ialah Salmon seberat 12 lb.

Tanpa berlengah, kami mencuba nasib petang itu. Kerana itu adalah kali pertama Musab memancing, dan di New Zealand pula, maka saya dengan gembiranya memberi lure bertuah untuk dipakai oleh nya.



Terbukti kegigihan beliau berhasil, 6 kali baling, 3 kali dihentam, dan hentaman ketiga terus hook-up


Kocakan dan larian padu memberi gambaran jelas ikan tersebut adalah Rainbow trout

Terbukti tekaan saya benar

Dan Musab tersenyum gembira dengan Rainbow trout 1kg berumpankan abu tormentor fire tiger



Pulang sahaja ke rumah, kami terus meng-google resipi masakan paling sedap dan natural untuk rainbow trout. Musab menjadi chef malam itu dan dia begitu bersemangat sekali untuk memasak dan merasa ikan yang ditangkapnya. Menu malam itu ialah 'Grill ala-ala Kiwi"


Ikan disiang tapi 'slime' di atas sisik tidak dibuang bagi mengekalkan rasa asli ikan


Cuma ditambah madu, lemon, pepper, bawang dan tomato dan dibiarkan di dalam oven

"Macam rasa Salmon" kata Musab



Kepuasan memancing, masak, dan makan hasil tangkapan pada malam itu membuatkan kami bersemangat waja untuk meneruskan pemburuan keesokannya.

Sememangnya ikan Rainbow trout lebih sedap isinya berbanding Brown trout yang lebih payau dan kenyal. Ini kerana, Rainbow trout lebih hampir kepada Salmon dalam salasilah biologi genus dan spesiesnya. Yang membezakan mereka cuma warna ungu kemerah-merahan diperut yang terdapat pada Rainbow trout.



Musab sempat bergambar di papan tanda 'penyambut tetamu'


Rapala xrap8 slash bait olive tiba-tiba disambar ganas


Pertarungan lebih kurang 10 minit dengan tali 6lb cukup mengujakan


Sebelum ini hanya melihat di majalah dan blog, kali ini saya dapat menggunakan lip gripper saya sendiri :)


Ikan yang dinaikkan ini boleh dikatakan agak sempurna strukturnya, tidak hairan lah pertarungannya lebih hebat


Close up Xrap 8 slash bait olive yang kemudiannya menjadi tukun selepas itu


Antara lure yang mendapat sambaran tapi tidak lekat.

Southern Reservoir dan Rainbow Trout 13/9/10

Trip kali ini disertai oleh saudara Hasbullah, namun tidak sempat bergambar kerana dia tiba agak lewat.

Sebelum memancing, saya sempat menukarkan tali reel kepada 6lb mono bagi mencuba untuk membiasakan diri dengan tali ringan.

Staff di kedai memancing tempoh hari menyarankan tali seboleh-bolehnya antara 4lb hingga 8lb bagi mendapat kepuasan maksimum.

Menurutnya lagi, keseronokan memancing trout akan kurang manisnya jika tali yang digunakan adalah lebih dari 10lb.

Seawal pemancingan dalam siri-siri serangan ke Sungai Clutha, kami menggunakan tali 20lb kerana serik asyik kehilangan Toby dan Tassie Lure yang sering tersangkut di dasar sungai.

Namun setelah beberapa lama memancing, saya mendapati memang sangat sukar untuk membuat lontaran jauh apabila menggunakan spinnerbait dan soft plastic.


Menyiapkan alatan memancing


Kali ini dengan tali 6lb



Balingan di tempat sama seperti tempoh hari, namun sambaran lebih ganas

Walaupun kelihat lemah dan terkulai, ikan ini sempat membuat larian terakhir selepas gambar diambil.

Rezeki lewat petang

Terdapat sedikit 'defect' pada struktur sirip dan ekor

Sepertia biasa, rekod tanpa kumpau diteruskan lagi oleh lure Abu Tormentor firetiger. Kali ini terasa keseronokan menggunakan setting yang lebih ringan.

Tambahan pula, rainbow trout memang terkenal dengan pecutannya dan berhempas pulas sehingga saat-saat akhir.

Drag juga dilonggarkan sebanyak mungkin kerana setiap pecutan tak disangka-sangka rainbow trout cukup untuk membuat anda sakit jantung dan mungkin berputih mata jika tidak dikawal dengan baik.

Hasil yang dinaikkan bersaiz 900g. Jika dilihat dengan teiliti, ikan ini kelihatan tidak sempurna pada pertumbuhan ekor dan siripnya.

Struktur 'defect' pada fizikal ikan ini membezakan ikan belaan yang dilepas dan ikan liar. Ikan yang dibela dan dilepas untuk mengekalkan stok biasanya tidak sempurna struktur fizikal disebabkan pemakanannya. Mereka diberi makan 'pellet' yang sedikit sebanyak menjejaskan pertumbuhan ikan.

Ikan liar lebih sempurna dan kelihatan cantik . Larian dan pecutan ikan liar yang membesar disini juga lebih bertenaga.












Southern Reservoir dan Brown Trout 9/9/10

Papan tanda yang menyambut kedatangan pengunjung


Awal September merupakan permulaan musim bunga dimana cuaca berubah menjadi lebih panas tetapi tidak sepanas musim panas.

Pada awal musim ini juga kelihatan banyak ikan yang selama ini tidak aktif semasa musim sejuk, mula berkeliaran dan keluar mencari makan. Sama seperti di sungai-sungai, ikan-ikan ini agak lapar dan garang, apa sahaja yang dihidang pasti disambar. Tambahan pula, jumlah serangga teramatlah sedikit.

Kesempatan ini tidak di sia-siakan saya . Pertama kali datang membawa joran, saya terus memilih umpan-umpan yang biasa di pakai oleh penduduk tempatan.

Namun kerana 'hot spot' telah dicuri oleh pakcik warga emas yang berseronok bermain bot kawalan jauh, saya terpaksa berjalan mengelilingi reservoir untuk mencari port berpotensi.


2 kali seekor brown trout melompat disini



Balingan ke 2 terus mengena dengan kedua-dua trebble hook tersangkut di mulut dan muka

Dan hasilnya 1kg brown trout remaja.

Lure Abu tormentor firetiger masih memegang rekod tanpa kumpau.

Tompok-tompok merah masih kelihatan menunjukkan bahawa trout ini baru mencapai usia dewasa.


Antara lure lain yang sempat dibawa namun tidak sempat dicuba





Ajiking Reel


Dipertengahan Ramadhan 2010, saya telah mengambil keputusan untuk menjual Reel Ajiking yang dibawa dari Malaysia semasa Cuti Winter 2010

Hasil jualan agak lumayan, malah saya dapat membuat keuntungan daripada jualan tersebut. Keuntungan disalurkan ke dana khas bagi menampung penjelajahan trout hunter :)

Keuntungan dianggarkan tidak kurang RM 100 walaupun barang yang dijual adalah 'second hand'

Dan ini merupakan kelebihan berada di New Zeland dan mempunyai akses kepada barang-barang yang lebih murah dimana anda boleh menjualnya semula di Trademe pada harga yang berpatutan disamping membuat untung.

Friday, March 4, 2011

Trout Ramadhan 28/8/10

Bersempena Ramadhan sebelum tamatnya cuti pertengahan semester dua, geng pemancing tegar Dunedin membuat lawatan ke Sungai Clutha.

Trip ini tidak lain dan tidak bukan untuk melepaskan rindu pada Sungai Clutha, disamping melepaskan gian memancing.

Hampir 3 bulan kami tidak turun ke sungai kerana musim sejuk dan ikan tidak aktif. Rata-rata ikan trout yang dalam usia mengawan pula masing-masing akan mudik ke hulu ke sungai-sungai kecil ataupun dipanggil 'creek' untuk mengawan dan bertelur.

Pada musim sejuk ini sekitar Mei hinggalah bermulanya musim baru sekitar hujung September, pihak Fish and Game New Zealand menguatkuasakan pengharaman memancing di 'Creek' atau sungai-sungai kecil bagi memastikan kemandirian spesies trout.

Namun lesen memancing kami masih membenarkan pemancingan di sungai-sungai besar. Jadi, setelah mengikut ramalan otai-otai memancing, kami menjangkakan hujung Ogos, iaitu awal spring adalah waktu ikan sudah mula keembali turun ke hilir masuk ke sungai-sungai besar.

Jika kene pada 'timing' dan cuaca, silap haribulan kenduri besar kami. Ini kerana ikan trout akan berenang beramai-ramai dalam kelompok atau paling kurang dengan pasangan masing-masing dan setiap ikan tersebut sangat lapar kerana stok makanan yang terhad sepanjang musim sejuk.

Namun begitu, jangkaan kami sedikit meleset kerana ikan belum betul-betul mudik ke hilir masuk ke sungai besar. Yang ada cumalah "resident" trout atau trout penghuni tetap dan juga perch.

Di antara kesemua ahli, hanya saya yang berjaya menaikkan ikan. Seekor trout 1.5 Kg dan Perch yang sekitar 600-700g. Faktor kejayaan pula ialah kerana lure Abu Tormentor fire tiger yang dibawa dari Malaysia.

Saya cuma membuat 2 balingan di tempat-tempat yang sudah dicuba oleh pemancing lain namun siapa sangka tuah Abu tormentor. Mungkin kerana aksi liuk lintuk "wobbler", warna terang, dan "ball bearing" lebih memikat berbanding sesudu Toby atau Tassie.





Ikan Perch yang didaratkan


Kegelojohan terserlah dengan keenam-enam mata kail terlekat kemas

Sambaran di hujung kaki tidak mengambil masa yang lama untuk di daratkan
Trout ini muncul tanpa disangka dan terus menghentam lure

Lure bertuah hari itu.

Ikan yang dinaikkan hari itu.


Sanggup ku selam untuk mendapatkan kembali lure yang tersangkut

Port yang tidak pernah menghampakan. Diceritakan pernah seorang
pemancing menaikkan 12 ekor trout dengan teknik fly fishing




Bersama Hazly yang baru berjinak-jinak

Dr Haizal merupakan antara otai memancing.

Bergambar dengan hasil tangkapan

Tersenyum gembira dengan trout pertama sungai Clutha
setelah berbulan lamanya mencuba

Dan pose terakhir dengan hasil tangkapan. Thanks Munir

Wednesday, March 2, 2011

New Lures for winter 2010

Sekembalinya dari Winter 2010 Escape, saya telah mengangkat beberapa lure untuk diuji di sungai clutha.

Lure-lure ini bakal diuji sebelum tamatnya season 2009/2010 yang bakal berakhir september 2010.