Pages

Friday, March 4, 2011

Trout Ramadhan 28/8/10

Bersempena Ramadhan sebelum tamatnya cuti pertengahan semester dua, geng pemancing tegar Dunedin membuat lawatan ke Sungai Clutha.

Trip ini tidak lain dan tidak bukan untuk melepaskan rindu pada Sungai Clutha, disamping melepaskan gian memancing.

Hampir 3 bulan kami tidak turun ke sungai kerana musim sejuk dan ikan tidak aktif. Rata-rata ikan trout yang dalam usia mengawan pula masing-masing akan mudik ke hulu ke sungai-sungai kecil ataupun dipanggil 'creek' untuk mengawan dan bertelur.

Pada musim sejuk ini sekitar Mei hinggalah bermulanya musim baru sekitar hujung September, pihak Fish and Game New Zealand menguatkuasakan pengharaman memancing di 'Creek' atau sungai-sungai kecil bagi memastikan kemandirian spesies trout.

Namun lesen memancing kami masih membenarkan pemancingan di sungai-sungai besar. Jadi, setelah mengikut ramalan otai-otai memancing, kami menjangkakan hujung Ogos, iaitu awal spring adalah waktu ikan sudah mula keembali turun ke hilir masuk ke sungai-sungai besar.

Jika kene pada 'timing' dan cuaca, silap haribulan kenduri besar kami. Ini kerana ikan trout akan berenang beramai-ramai dalam kelompok atau paling kurang dengan pasangan masing-masing dan setiap ikan tersebut sangat lapar kerana stok makanan yang terhad sepanjang musim sejuk.

Namun begitu, jangkaan kami sedikit meleset kerana ikan belum betul-betul mudik ke hilir masuk ke sungai besar. Yang ada cumalah "resident" trout atau trout penghuni tetap dan juga perch.

Di antara kesemua ahli, hanya saya yang berjaya menaikkan ikan. Seekor trout 1.5 Kg dan Perch yang sekitar 600-700g. Faktor kejayaan pula ialah kerana lure Abu Tormentor fire tiger yang dibawa dari Malaysia.

Saya cuma membuat 2 balingan di tempat-tempat yang sudah dicuba oleh pemancing lain namun siapa sangka tuah Abu tormentor. Mungkin kerana aksi liuk lintuk "wobbler", warna terang, dan "ball bearing" lebih memikat berbanding sesudu Toby atau Tassie.





Ikan Perch yang didaratkan


Kegelojohan terserlah dengan keenam-enam mata kail terlekat kemas

Sambaran di hujung kaki tidak mengambil masa yang lama untuk di daratkan
Trout ini muncul tanpa disangka dan terus menghentam lure

Lure bertuah hari itu.

Ikan yang dinaikkan hari itu.


Sanggup ku selam untuk mendapatkan kembali lure yang tersangkut

Port yang tidak pernah menghampakan. Diceritakan pernah seorang
pemancing menaikkan 12 ekor trout dengan teknik fly fishing




Bersama Hazly yang baru berjinak-jinak

Dr Haizal merupakan antara otai memancing.

Bergambar dengan hasil tangkapan

Tersenyum gembira dengan trout pertama sungai Clutha
setelah berbulan lamanya mencuba

Dan pose terakhir dengan hasil tangkapan. Thanks Munir

No comments:

Post a Comment