Pages

Tuesday, March 1, 2011

Easter 2010 Mataura Fishing Trip

Tanpa plan asas yang munasabah, saat-saat akhir sebelum cuti Easter berakhir, saya, Buk dan Munir berkunjung ke Mataura.

Mataura terletak kira-kira 2 jam dari Dunedin

Kenangan Mataura Easter 2010


Hos kami ialah Abg Maarof yang merupakan orang lama disini. Hampir 20 tahun beliau menetap dan bekerja disini dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Berbekalkan joran masing-masing, Munir dan Buk sudah awal-awal membeli fly set kononnya untuk bermain fly fishing di Mataura.

Trip 2 hari satu malam itu cukup bermakna buat kami bertiga.

Secara purata setiap seorang membawa kurang lebih kurang 2 ekor ikan dengan Munir mendapat ikan terberat hampir 3kg.

Pada malam pertama sahaja setiap seorang termasuk Abg Maarof mendapat seekor ikan.


4 ekor untuk 4 orang pemancing

Kalau selalu macam ini kan best!


Tempat ke-3, 1.5 kg

Tempat ke-2, 1.5 kg (naik lebih awal daripada buk.. hehe)

Tempat pertama, 3kg

Keseokannya, pada siang hari pula kami menempuhi beberapa aksi yang mendebarkan. Namun aksi fly fishing pada sebelah petang tidak sempat dirakam.

walaupun frost dan suhu bawah paras beku pagi itu, kami redah juga

Secara fizikal, tidak logik sungai belakang kilang ada banyak ikan!


Tapi ini New Zealand, dan Buk telah membuka tirai pagi itu.

Memang ikan pagi ini degil dan kuat tidak seperti ikan yang berlegar pada waktu malam.


Berkecebur air dibuatnya


Tidak cukup dengan itu larian pantas trout sungguh mendebarkan


Hasil kegigihan dan kerjasama, budak degil berjaya didaratkan


Terbukti keganasan ikan pagi ini dengan lure yang ditelan agak dalam


Dan itu dia, hampir 2 kg berat ikan trout yang didarat kan Buk. Tahniah!



Pada petang hari pula, terdapat berpuluh-puluh ikan trout yang 'rising' memakan fly di buih-buih arus air sungai. Cukup membuatkan sesiapa yang tengok berasa terliur.

Kalau ada jala pasti sudah kami jala! Atau mungkin dilembing ikan-ikan itu. Namun kerana keghairahan, keterliuran dan sebagainya, langsung tidak sempat bergambar.

Trip Easter ini merupakan trip memancing terakhir untuk kami bertiga. Amat menyedihkan kerana selepas itu Buk terlalu sibuk dan Munir pula jarang-jarang dapat memancing bersama.

Semoga suatu hari nanti kita dapat memancing bersama-sama lagi. Trio memancing yang memang best!

1 comment:

  1. wey best giler ney..masa mna korg pgi mancing kt sini?? msa ni abg balik mlysia kot!!..apa2 pun congrat la kt korg sumer..~ kenangan ni sampey bila2 ney.."caya lah"..~

    ReplyDelete