Pages

Monday, March 28, 2011

Membuat Pembelian Online Part 1- EBAY

Antara lure terawal yang dibeli online secara berperingkat-peringkat


Rata-rata pemancing pasti bersetuju jika saya katakan mustahil untuk seorang kaki pancing tegar ke kedai pancing dan kemudian pulang tanpa membeli apa-apa.

Paling tidak, pasti ada gewang, atau apa sahaja alatan lain yang dibeli. Kalau difikirkan balik, kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal diri. Memang terasa hendak beli, tangan mencapai barang, dan kemudian membuat pembayaran seperti dirasuk satu kuasa. Tidak ada sebarang penyesalan malah memberi sejenis kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Di New Zealand, gewang 'hard lure' sangat mahal. Sebiji Rapala X Rap8 Slash Bait berharga NZ$23 iaitu lebih kurang RM 50. Selain Rapala, Halco, Berkley dan Storm juga agak popular namun harga setiap satu tidak kurang dari NZ $20. Tambahan pula, kedai pancing tidak banyak dan pemancing tidak mempunyai banyak pilihan seperti di Malaysia.

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat banyak alternatif dan pembelian secara online memudahkan urusan ini namun ada juga kelemahan dan keburukan disebalik pembelian online.

Pembelian gewang secara online bermula semenjak kejayaan menaikkan ikan dengan lure Abu Tormentor yang dibeli di Malaysia. Azam saya untuk season baru 2010/2011 ialah untuk menaikkan ikan menggunakan hard lure dan menguasai teknik dan penggunaannya.

Pembelian pertama di buat di Ebay, walaupun pada masa itu tedapat banyak kedai online yang lain. Antara lure yang dibeli ialah Rapala F9, Xrap8, dan Husky Jerk. Memang berbaloi dengan pembelian pukal ini, purata harga setiap lure adalah lebih kurang NZ $ 10 hingga NZ$11 iaitu kira-kira RM 22 hingga RM 25. Murah bukan?

Selepas pembelian pertama berjalan lancar tanpa masalah, saya meneruskan pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya tanpa ragu-ragu. Tanpa disedari, seperti ada kuasa baru yang mempengaruhi saya menekan butang buy now setelah 'window shopping' di Ebay .

No comments:

Post a Comment