Pages

Wednesday, March 16, 2011

Southern Reservoir Repeat

Selepas Aidilfitri 2010 yang lepas, saya cuba mencari-cari masa untuk memancing namun kerana kesibukan dan komitmen di luar daerah iaitu di Invercargill, niat tersebut terpaksa ditangguhkan.

Perjalanan sehala dari Dunedin ke Invercargill memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Perlananan tersebut merentasi beberapa lokasi 'hot spot' memancing di South Island.

Dunedin->Outram -> Balclutha -> Gore->Mataura->Invercargill

Outram terkenal dengan sungai Taeri sebagai fly-fishing spot, Balclutha dengan jolokan "Big river town" , Gore pula "town of Brown trout" , dan Mataura sendiri ialah "syurga pemancing seluruh dunia".

Namun kerana kesibukan, terlupa langsung membawa peralatan memancing dan kesuntukan masa tidak mengizinkan kami berhenti di mana-mana.

Perjalanan balik saya ke Dunedin ditemani saudara Musab. Oleh kerana musim baru telah bermula, dan saya sendiri teringin sangat memancing setelah agak lama terperuk di Invercargill, kami telah merancang untuk memancing sekembalinya ke Dunedin.

Lesen saya diperbaharui di kedai alatan memancing di Invercargill. Lesen kali ini tidak secantik seperti lesen musim lepas yang dibeli secara online. Kali ini cume setakat mendapat kertas seperti resit nombor ekor tertera nama, alamat, dan nombor lesen. Bonusnya, apabila membeli lesen di kedai-kedai sebegini, lesen selalunya disertai dengan 'free gift' . Untuk season kali ini, kedai Fishing & Hunting menawarkan hadiah kacamata polarised jenama kedai mereka.

Musab yang sudah beberapa kali menyuarakan hasrat memancing telah membeli lesen 24 jam bagi mencuba menimba pengalaman memancing.

Sampai sahaja di Dunedin, kami terus mengambil alatan dan senjata perang untuk menyerang tempat yang tidak pernah menghampakan kami iaitu Southern Reservoir.

Kebetulan, minggu lepas tersiar berita di dada akhbar bahawa pihak Fish & Game telah melepaskan kira-kira 200 ekor ikan ke dalam Southern Reservoir. Ini adalah persediaan hari memancing 'Kid fishing Day ' bersempena kempen "take your kids out for fishing' bagi menanam minat memancing dikalangan kanak-kanak. Pertandingan ini percuma untuk peserta, dan hadiahnya boleh tahan tapi tidaklah selumayan GP Joran.

Menurut Ranger yang kerap datang membuat pemeriksaan lesen dan pematuhan undang-undang, ikan terberat yang dilepaskan ialah Salmon seberat 12 lb.

Tanpa berlengah, kami mencuba nasib petang itu. Kerana itu adalah kali pertama Musab memancing, dan di New Zealand pula, maka saya dengan gembiranya memberi lure bertuah untuk dipakai oleh nya.



Terbukti kegigihan beliau berhasil, 6 kali baling, 3 kali dihentam, dan hentaman ketiga terus hook-up


Kocakan dan larian padu memberi gambaran jelas ikan tersebut adalah Rainbow trout

Terbukti tekaan saya benar

Dan Musab tersenyum gembira dengan Rainbow trout 1kg berumpankan abu tormentor fire tiger



Pulang sahaja ke rumah, kami terus meng-google resipi masakan paling sedap dan natural untuk rainbow trout. Musab menjadi chef malam itu dan dia begitu bersemangat sekali untuk memasak dan merasa ikan yang ditangkapnya. Menu malam itu ialah 'Grill ala-ala Kiwi"


Ikan disiang tapi 'slime' di atas sisik tidak dibuang bagi mengekalkan rasa asli ikan


Cuma ditambah madu, lemon, pepper, bawang dan tomato dan dibiarkan di dalam oven

"Macam rasa Salmon" kata Musab



Kepuasan memancing, masak, dan makan hasil tangkapan pada malam itu membuatkan kami bersemangat waja untuk meneruskan pemburuan keesokannya.

Sememangnya ikan Rainbow trout lebih sedap isinya berbanding Brown trout yang lebih payau dan kenyal. Ini kerana, Rainbow trout lebih hampir kepada Salmon dalam salasilah biologi genus dan spesiesnya. Yang membezakan mereka cuma warna ungu kemerah-merahan diperut yang terdapat pada Rainbow trout.



Musab sempat bergambar di papan tanda 'penyambut tetamu'


Rapala xrap8 slash bait olive tiba-tiba disambar ganas


Pertarungan lebih kurang 10 minit dengan tali 6lb cukup mengujakan


Sebelum ini hanya melihat di majalah dan blog, kali ini saya dapat menggunakan lip gripper saya sendiri :)


Ikan yang dinaikkan ini boleh dikatakan agak sempurna strukturnya, tidak hairan lah pertarungannya lebih hebat


Close up Xrap 8 slash bait olive yang kemudiannya menjadi tukun selepas itu


Antara lure yang mendapat sambaran tapi tidak lekat.

3 comments:

  1. Sayang ikan ni tak dapat establish kat Cameron Highland...sebab dah tak de usaha nak re-introduce semula...dan environment kah CH yang pesat dgn pertanian, mencemar kualiti air sungai...kalau sungai Ulu Terla yang suhu air tak lebih 17 Celcius dah perfect untuk trout tak tercemar pasti.. ramai orng Malaysia berpusu2 ke Cameron nak pancing ikan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? saya tak pernah tahu pun pernah ada usaha bawa masuk trout ke cameron highland.. kalau di belah sabah kawasan tanah tinggi di sana kan ada kawasan yang sejuk mungkin satu hari nanti boleh introduce ke sana.. lagi pun cameron skrang dah panas.. x macam dulu2..

      Delete
    2. 1935 Pengarah perikanan Malaya Mr. William Birtwistle bawak masuk telur Rainbow trout dari England. Nak jadikan sport fish... saya rase sekarang kat belah Sabah sesuai dan benih dari Australia barat atau Sri Lanka lebih sesuai...

      Delete