Pages

Tuesday, March 1, 2011

Winter Escape- Memancing di Empangan Air Kuning, Paya Seksyen 9 Shah Alam, dan Kawasan tadahan air USJ 13 Subang

Sekitar Jun 2010.

Empangan Air Kuning

Melarikan diri dari musim sejuk Dunedin yang sangat depressing, saya berkesempatan mencuba Empangan Air Kuning di Bukit Cerakah. Disebabkan CnR, ikan-ikan disini telah menjadi lebih cerdik daripada seorang pemancing amateur dari New Zealand.

Dan hasilnya, kumpau!







Seksyen 9


Kerana hendak juga merasa tarikan dan sambaran ikan, maka seperti biasa satu-satunya port public di seksyen 9 diterjah.

Dapat juga lah merasa sambaran walaupan tersangatlah curut. Sang Jalak dilepaskan semula supaya dapat membesar dan memberi sambaran yang lebih hebat.





USJ 13

Beberapa lawatan ke kawasan lopak sekitar USJ 13 tidak membawa sebarang hasil berikutan kemungkinan tidak terdapat spesies 'snakehead' disitu.

Riak-riak air begitu banyak dan hasil pemerhatian mendapati lopak air tersebut didiami oleh spesies talapia. Penduduk taman berhampiran juga ada memberitahu bahawa pekerja MPSJ warga Bangladesh kerap datang menjala talapia disitu.

Hari terkahir merupakan hari paling malang bilamana gewang cap bakau tersangkut kemas di timbunan kangkung. Akibat dari kerakusan melepaskan gewang, hujung rod Ajiking yang baru berusia seminggu telah patah. Dengan itu saya mengambil keputusan membawa pulang reel Ajiking ke New Zealand.

* Tidak sempat mengambil sebarang gambar kerana masa memancing adalah terhad.

No comments:

Post a Comment