Pages

Wednesday, March 16, 2011

Southern Reservoir dan Rainbow Trout 13/9/10

Trip kali ini disertai oleh saudara Hasbullah, namun tidak sempat bergambar kerana dia tiba agak lewat.

Sebelum memancing, saya sempat menukarkan tali reel kepada 6lb mono bagi mencuba untuk membiasakan diri dengan tali ringan.

Staff di kedai memancing tempoh hari menyarankan tali seboleh-bolehnya antara 4lb hingga 8lb bagi mendapat kepuasan maksimum.

Menurutnya lagi, keseronokan memancing trout akan kurang manisnya jika tali yang digunakan adalah lebih dari 10lb.

Seawal pemancingan dalam siri-siri serangan ke Sungai Clutha, kami menggunakan tali 20lb kerana serik asyik kehilangan Toby dan Tassie Lure yang sering tersangkut di dasar sungai.

Namun setelah beberapa lama memancing, saya mendapati memang sangat sukar untuk membuat lontaran jauh apabila menggunakan spinnerbait dan soft plastic.


Menyiapkan alatan memancing


Kali ini dengan tali 6lb



Balingan di tempat sama seperti tempoh hari, namun sambaran lebih ganas

Walaupun kelihat lemah dan terkulai, ikan ini sempat membuat larian terakhir selepas gambar diambil.

Rezeki lewat petang

Terdapat sedikit 'defect' pada struktur sirip dan ekor

Sepertia biasa, rekod tanpa kumpau diteruskan lagi oleh lure Abu Tormentor firetiger. Kali ini terasa keseronokan menggunakan setting yang lebih ringan.

Tambahan pula, rainbow trout memang terkenal dengan pecutannya dan berhempas pulas sehingga saat-saat akhir.

Drag juga dilonggarkan sebanyak mungkin kerana setiap pecutan tak disangka-sangka rainbow trout cukup untuk membuat anda sakit jantung dan mungkin berputih mata jika tidak dikawal dengan baik.

Hasil yang dinaikkan bersaiz 900g. Jika dilihat dengan teiliti, ikan ini kelihatan tidak sempurna pada pertumbuhan ekor dan siripnya.

Struktur 'defect' pada fizikal ikan ini membezakan ikan belaan yang dilepas dan ikan liar. Ikan yang dibela dan dilepas untuk mengekalkan stok biasanya tidak sempurna struktur fizikal disebabkan pemakanannya. Mereka diberi makan 'pellet' yang sedikit sebanyak menjejaskan pertumbuhan ikan.

Ikan liar lebih sempurna dan kelihatan cantik . Larian dan pecutan ikan liar yang membesar disini juga lebih bertenaga.












1 comment:

  1. Tips for a Best Home-Style Home-Style Home-Style Home-Style Home
    At one point, apple watch stainless steel vs titanium the titanium shift knob price of t fal titanium pan a home-style home-style home-style home-style home-style home is ford edge titanium 2021 around titanium uses $120,000.

    ReplyDelete