Pages

Saturday, January 22, 2011

Tasik Seksyen 7, Shah Alam


Saya sempat memancing dengan tegar di Tasik Seksyen 7 Shah Alam ini sebelum MBSA menguatkuasakan undang-undang dilarang memancing.

Tasik ini pada awal-awal pengumpulan kaki pancing memang meriah setiap hujung minggu terutamanya. Kelihatan pengunjung datang bersama keluarga memancing talapia dan ikan-ikan kecil lain di sini.

Semua itu adalah sekitar tahun 2008 dan pada tahun 2009 saya kembali semula semasa musim cuti panas dan betapa terkejut apabila mendapati terdapat papan tanda besar.

"DILARANG MEMANCING DENDA RM 2000"

Penguatkuasaan ini sedikit sebanyak mengecewakan semua kaki pancing untuk melepas gian dan juga mereka-mereka yang datang ke sini bersama keluarga memancing bagi mengeratkan hubungan kekeluargan.

Namun begitu, saya sangat pasti, ini adalah tindakan terbaik MBSA kerana jika tidak dikawal, habitat ikan disitu akan musnah dan jumlah ikan juga akan berkurang atau habis.

Ini berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang saya lakukan. Rata- rata yang datang ke sini membawa pulang semua jenis ikan tidak kira saiz. Anak talapia sebesar ibu jari kaki pun dibawa pulang.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengunjung yang suka membuang sampah dimerata-rata .

Pernah suatu hari sekitar awal 2009 saya amat marah kerana suatu pagi selepas hujan 2 hari reda, air tasik itu melimpah dan yang mengecewakan saya ialah timbunan sampah.

Yang pasti, itu adalah sampah sarap kawasan sekitar, ditambah dengan sampah sarap tinggalan pengunjung dan juga yang disalirkan dari kawasan perumahan.

Apabila air tasik surut, pekerja-pekerja bangla bertungkus lumus membersihkan dan mengumpul sampah sarap yang terdampar di tepi tasik.

Seandainya tabiat ini tidak berubah, mana mungkin kita boleh mencapai tahap seperti negara maju dari apa segi sekalipun kerana perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang tidak bertamadun sekaligus merosakkan keindahan alam semula jadi.










1 comment: