Pages

Saturday, February 26, 2011

Fishing gear





Set memancing awal di NZ, shakespeare agility im7 graphite yang pada awalnya dipadan kan dengan 20lb mono.

Set dibeli online dari Completeangler.co.nz dengan harga NZ$113 termasuk pos.

Pada awalnya, toby lure dan Tassie yang menjadi umpan utama, dan beberapa soft plastik curvy tail juga dicuba namun yang masih kurang berjaya.

Inline soft plastic juga pernah dicuba namun tidak berapa berhasil. Mungkin pada waktu itu belum mahir selok belok penggunaan umpan sedemikian.

Pada pertengahan tahun selepas tamat musim sejuk, tali 20lb ditukar kepada 6lb mono untuk aksi yang lebih mendebarkan dan mengasyikkan.

Kira kira sebulan selepas musim baru 2010/2011 bermula, set ini telah dijual beserta dengan umpan umpan yang ada.

Bidang ini dihangatkan dengan menaik taraf set memancing pada Oktoer 2010 kepada Shimano Backbone elite Split butt + Shimano 2500 Exage. Tali braid suffix 10lb low vis green dipadankan.

Penggunaan gewang dipelbagaikan kepada rapala floater f9, husky jerk, deep diver, dan abu garcia wobbler.

No comments:

Post a Comment