Pages

Saturday, February 19, 2011

Otago Harbour Salmon fishing






Musim salmon di Otago Harbour bermula hujung Januari setiap tahun.

Ikan salmon lazimnya akan kembali dari laut naik ke muara-muara sungai dan di tepi- tepi pelabuhan pada pertengahan musim panas bermula hujung Januari.

Populasi salmon di Dunedin sebenarnya dikawal di mana setiap tahun benih-benih salmon yang telah mencapai saiz remaja akan dilepaskan ke laut.

Salmon-salmon ini akan kemudiannya meneruskan hidup dilaut, membesar mencari makanan sehingga mencapai usia 3 hingga 5 tahun dan kemudian kembali ke sungai untuk bertelur.

Dianggarkan sekiranya tiada usaha menternak dan melepaskan ikan salmon ke laut, jumlah ikan salmon akan mengalami defisit di mana jumlah pemancing melebihi jumlah ikan dan ini akan membantutkan sukan "memancing salmon".

Aktiviti ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan Salmon terberat. Pemancing beramai-ramai berkumpul pada hari pertandingan dan ada yang bermalam dengan membawa sleeeping bag dan kemah.

Pemancing kadang kadang bukan sahaja bersaing sesama sendiri namun juga kadangkala terpaksa berebut ikan dengan anjing laut.

Teknik yang digunakan ialah menggunakan pelampung dan perambut 30lb hingga 50 lb sepanjang 1 meter. Umpan ikan sprat digunakan.

Sebelum memancing, ikan sprat ini ditangkap dengan menggunakan teknik jigging. Mata sabiki rig bersaiz 6 hingga 8 digunakan.

Set joran pula ialah reel 4000 ke atas biasanya model bait runner dan juga rod 7 hingga 12 kaki. Mindset mereka ialah " untuk memancing ikan besar, memerlukan joran besar " di mana mereka mensasarkan ikan bersaiz 30lb hingga 60lb.

Berbeza dengan set jigging sprat yang cuma menggunakan light reel dan joran bersaiz 5 hingga 6 kaki.

Bagi pemancing seperti kami, joran kecil lebih menyeronokkan dan pertarungan dengan ikan besar lebih mendebarkan sehinggakan kami sering ditertawakan pemancing tempatan kerana menggunakan set sederhana yang lazimnya untuk kegunaan memancing trout.

Terdapat juga gerombolan pemancing yang menangkap sprat untuk dimakan dan untuk suka-suka. Bergantung pada cuaca, hari panas, lebih banyak sprat dapat ditangkap kerana sabiki rig bersilau-silau memantulkan cahaya matahari. Jigging pada waktu malam pula memerlukan cahaya lampu janaan generator ataupun bulan yang terang bagi menarik perhatian sprat.

Notakaki: sumber gambar dari http://fishingmag.co.nz/

No comments:

Post a Comment