Pages

Tuesday, December 21, 2010

Memancing Pertama Kali di Negara Burung Kiwi

Ingat-ingat kembali, sebenarnya saya sudah lama berkecimpung dalam bidang pe”nelayan”an ni. Semenjak sebelum sekolah rendah lagi tetapi masa itu cuma pada tahap-tahap main longkang sahaja.

Paling menarik, joran dan matakail adalah DIY . Guna batang pokok buluh jepun, benang jahit atau benang layang-layang dan jarum peniti tudung emak yang dibengkok-bengkokkan buat bentuk matakail. Teknologi "barbless hook" buatan sendiri. Semua ini arwah tok wan yang ajar di mana menurut emak, dia merupakan pemancing tegar di zaman 70-80an.

Kali terakhir memancing ialah sekitar tahun 2003 rasanya. Terlampau sibuk masa itu dengan program persediaan di Kolej Mara Banting dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke bumi Ateraroa ini.

Kemudian pada tahun 2005 saya dapat tahu yang NZ ini memang port memancing dan pemancing-pemancing sanggup datang jauh dari US,UK dan serata dunia.

Jadi, pada musim panas tahun tersebut, sebelum memulakan kerja memetik buah, saya terus mengikut saudara Khairi untuk “mengetest” sungai di Roxbugh. Saudara Khairi pula memang sudah pernah memancing di sungai tersebut semasa musim Cherry Picking 2004.

First time memancing di tempat baru, sungai dan habitat yang jauh berbeza dari Malaysia, tidak membuahkan hasil. Lagi pula trip ini lebih kepada tinjau-tinjau sambil lepas mencuba nasib cast dan gulung tali joran.


Notakaki: gambar akan menyusul kemudian.







No comments:

Post a Comment