Wednesday, October 19, 2011
Kegilaan Terhadap Hard Lure
Pada peringkat awal melibatkan diri dalam Sport Fishing di bumi New Zealand, saya cuma pandai menggunakan Toby Lure ( Spoon) dan Tassie Lure ( Spoon versi plastik) .
Namun semenjak kejayaan menaikkan ikan dengan Abu Tormentor dan Rapala F9, saya mula jatuh cinta dengan umpan hard lure dan hampir setiap minggu ada sahaja yang dibeli tidak kira dari kedai atau online.
Sempat juga saya pesan stok abu tormentor tambahan dari Pak Cik saya yang berkunjung pada hujung October untuk graduasi anaknya.
Tidak sampai sebulan, koleksi saya melebihi keperluan sedangkan lure yang kerap dipakai cuma 2 hingga 3 biji sahaja. Kesibukan dengan kelas Summer juga membataskan peluang mencuba lure-lure yang baru dibeli.
Memancing Bersama Junior - Bottom/Bait Fishing 101
Tidak lama selepas peristiwa dikejar jembalang pada petang Raya Haji, kami berkunjung pula ke Dunedin Harbour Basin.
Kalau tidak silap tarikhnya ialah 18 November. Niat cuma satu, untuk membawa 2 orang junior yang baru sampai memancing dan memancing laut tidak memerlukan lesen.
Lagipun jarak Harbour dari rumah Munir tidak sampai 1 kilometer dan cuma memakan masa tidak sampai 5 minit menaiki kereta.
Yang hadir pada malam itu ialah Munir, Chedet, saya, Fina, Adrian dan Aizat. Fina dan Adrian sudah lama menyatakan hasrat ingin 'try' bagaimana rasa memancing. Jadi kami bercadang untuk memburu Blue Cod supaya mereka akan ingin 'try' lagi dan lagi di lain kali.
Che det tanpa membuang masa meluru ke lubuk yang menaikkan Blue Cod pertamanya tempoh hari tanpa menghiraukan Adrian dan Fina
Fina sejak awal lagi terjerit-jerit " ehh ada orang gigit... ada orang gigit" akhirnya berjaya menaikkan "orang " itu
Ikan terkahir Chedet pada malam itu, seekor Red Cod.
Terdapat kemungkinan Singa laut (walrus) ataupun sotong kurita sedang berpeleseran di dasar mencari makanan dan ini merungkai misteri mengapa tidak banyak ikan yang naik pada malam itu.
Beberapa kali kami (Saya dan Che det) terserempak lembaga singa laut bersaiz Che Det betul-betul di bawah pancing kami berenang dengan sangat laju. Ada juga beberapa ketika 2 hingga 3 ekor sotong kurita bersaiz TV 14 inci berenang beriringan lalu dihadapan mata.
Singa Laut dan Sotong Kurita memberi petanda jelas bahawa tidak akan ada rezeki malam itu.
Secara logiknya, letakkan diri anda di tempat ikan-ikan dalam lubuk masing-masing, adakah anda akan keluar makan KFC di halaman rumah jika ada harimau dan beruang lapar berkeliaran?
Beberapa kali kami (Saya dan Che det) terserempak lembaga singa laut bersaiz Che Det betul-betul di bawah pancing kami berenang dengan sangat laju. Ada juga beberapa ketika 2 hingga 3 ekor sotong kurita bersaiz TV 14 inci berenang beriringan lalu dihadapan mata.
Singa Laut dan Sotong Kurita memberi petanda jelas bahawa tidak akan ada rezeki malam itu.
Secara logiknya, letakkan diri anda di tempat ikan-ikan dalam lubuk masing-masing, adakah anda akan keluar makan KFC di halaman rumah jika ada harimau dan beruang lapar berkeliaran?
Tuesday, October 18, 2011
Trip Raya Haji 2010
Kira-kira 30 minit lagi menjelang Magrib, rapala F9 brown trout saya disambar rakus di kawasan bertanda X sekaligus rod shimano backbone saya melentok menjadi bentuk huruf "C" terbalik.
Terjerit-jerit reel 2500 memuntahkan tali 10lb sufix braid walaupun drag diketatkan pada tahap maksima.
Menggeletar lutut dibuatnya dan dari kejauhan kelihatan sesusuk gelap kelibat trout yang agak besar membuat lompatan di tengah sungai.
Lompatan demi lompatan dibuat dan setiap lompatan membuatkan darah saya berderau dan lompatan ketiga yang menjunam terus ke dasar sungai merupakan lompatan selamat tinggal darinya membuatkan saya terkulat-kulat dan pucat di bawah pokok di gigi air.
Che det rupa-rupanya langsung tidak perasan dek kerana asyik melayan Ipod nya di bahagian tebing kira-kira 30 meter dari saya.
Sedikit hampa, saya masih tidak percaya apa yang berlaku kerana tidak pernah merasa asakan yang sebegitu kuat.
Kami berpindah ke port lain setelah selesai menunaikan solat Magrib dan disini kelukaan hati terubat dengan ikan Perch yang berjaya dinaikkan dengan umpan yang sama.
Oleh kerana hari semakin gelap kami mengorak langkah pulang walaupun hasil hari itu kurang memberangsangkan.
Di kala Che det sedang bersiap-siap memasuki kereta, kelihatan lembaga kecil setinggi lutut berada di hadapan keretanya.
Namun saya buat endah tak endah kerana menyangkakan ia adalah gumpalan belukar. Ternyata sangkaan saya meleset kerana kira-kira 5 minit perjalanan meninggalkan tempat itu kami perasan sebiji bebola api mengikut rapat kereta sepanjang jalan bukit bukau yang sunyi dan berhenti apabila kami menghampiri kawasan perumahan.
Trip kali itu memberikan pengajaran yang cukup banyak. Pertama, jangan panik jika ikan besar memakan gewang dan kedua, jangan mengada-ngada tak reti nak balik waktu-waktu senja.
Namun begitu, kami tidak pernah gentar untuk memancing pada waktu malam dan episod kelibat atau lembaga mengikut pulang tidak berhenti disitu sahaja.
Thursday, September 8, 2011
Taeri River- Fly fishing
Hero mencuba fly fishing untuk kali pertama
Percubaan pertama untuk memancing menggunakan set fly di Sungai Taeri tidak membuahkan hasil.
Trip tersebut sekitar pertengahan November 2010 meliputi penggunaan spinning dan fly set.
Balingan demi balingan dibuat namun kerana masih terlalu baru dan amatur ketika itu, balingan tidak jauh dan kekerapan ikan timbul pada jarak dekat adalah sangat rendah.
Walaupun pulang tangan kosong, saya tetap berpuas hati kerana balingan fly cast saya menunjukkan peningkatan.
InsyaAllah kali-kali berikutnya bakal membuahkan hasil .
Trip tersebut sekitar pertengahan November 2010 meliputi penggunaan spinning dan fly set.
Balingan demi balingan dibuat namun kerana masih terlalu baru dan amatur ketika itu, balingan tidak jauh dan kekerapan ikan timbul pada jarak dekat adalah sangat rendah.
Walaupun pulang tangan kosong, saya tetap berpuas hati kerana balingan fly cast saya menunjukkan peningkatan.
InsyaAllah kali-kali berikutnya bakal membuahkan hasil .
Otago Harbour- Blue Cod
Gambar-gambar di ambil pada awal November 2010 iaitu pada permulaan musim panas di New Zealand.
Dan lawatan ke bahagian bangunan bercermin yang merupakan lubuk Blue Cod membuahkan hasil untuk Che Det, di mana dia berjaya menaikkan Blue Cod pertamanya yang agak besar.
Sungai Clutha- Pesta Air Surut
Munir tak melepaskan peluang melayan tarikan
Sekitar Disember 2010, tidak pasti hujung atau awal bulan kami bertolak ke Sungai Clutha dengan 2 buah kereta.
Pemancing-pemancing biasa dari Dunedin ditambah dengan Abang Man dari Christchurch yang berkunjung melawat isterinya yang belajar di Dunedin.
Air sungai waktu itu surut kerana air laut sedang surut. Namun, kelibat ikan trout melompat-lompat membaham anak-anak ikan jelas kelihatan.
Agak sukar untuk ke lokasi trout kerana sudah betul-betul di tengah sungai dan paras air yang terlalu surut membuatkan keadaan tebing berlumpur menjadi bahaya dengan kesan pasir jerlusnya.
Jadi, kami mencari bahagian tebing sungai yang keras dan "pool" yang agak dalam dan memancing "kerapu" sungai Clutha iaitu ikan Perch.
Ikan Perch dinaikkan tanpa henti dan saiz-saiz terpilih yang sedap di masak sahaja yang di bawa pulang.
Walaupun agak hampa pulang tanpa sebarang Trout, namun kami sangat puas melayan tarikan Perch.
Thursday, May 5, 2011
Trip terakhir Sungai Clutha bersama (Doktor) Munir
Dr muji terus menjarakkan mata dgn ikan kedua beliau pd set kedua.
Set Ketiga didahului oleh Dr Muji... Dr Muji 1- Hero 0
Set Ketiga didahului oleh Dr Muji... Dr Muji 1- Hero 0
Sekitar hujung November 2010, saya menghabiskan sisa-sisa weekend bersama Munir yang baru tamat pengajiannya.
Awal pagi lagi kami sudah bangun dan bergerak sekitar jam 530 pagi menuju ke Sungai Clutha. Ketibaan pagi itu di sambut dengan cuaca cantik dan air sungai yang jernih.
Ketika itu adalah awal musim panas di mana matahari terbit agak awal sekitar jam 6 pagi dan semakin awal sehingga ketika puncak musim panas matahari terbit seawal jam 430 pagi.
Jangka masa siang yang semakin panjang tidak disia-siakan dan kami memancing sepuas-puasnya . Tambahan pula ini mungkin merupakan kali terakhir dapat memancing bersama walaupun trio tidak lengkap tanpa Bukhari.
Perlumbaan menaikkan ikan di mulai seawal pagi dan kami tidak putus-putus menyaingi satu sama lain.
Keseronokan lebih berganda dengan "sight cast" di mana kami akan berjalan di tebing-tebing sungai dan "spot" ikan dengan menggunakan "polarised sunglasses".
Subscribe to:
Posts (Atom)