Serangan tanpa henti dimulakan ke atas Sungai Clutha sekitar hujung Februari 2010 sebaik sahaja lesen memancing selamat sampai dipos oleh Fish & Game New Zealand.
2 trip pertama tidak berjaya membuahkan hasil namun trip diulang setiap minggu walaupun pada waktu itu saya berada di Oamaru untuk attachment Rural Medicine.
Demi memancing saya sanggup pulang ke Dunedin setiap hari Jumaat yang memakan masa selama sejam setengah dan kemudian seawal jam 4 pagi hari Sabtu bertolak ke Balclutha yang memakan masa satu jam.
Trip ke 4 membuahkan hasil. Awal pagi Munir dan Buk sudah menaikkan Perch bersaiz bapak
namun kerana terperanjat trout yang memakan toby lure saya berjaya melepaskan diri setelah berakrobatik 2 x diudara.
Pertama kali dan tidak cukup pengalaman namun sangat mengecewakan. Trip pagi itu diketuai oleh Dr Haizal.
Dalam perjalanan pulang Dr Haizal tiba-tiba menyedari yang landing net dia tercicir. Tanpa membuang masa selesai makan tengahari kami kembali semula ke Balclutha. Trip repeat pada hari yang sama. Memang gila.Trip petang itu ditaja oleh kereta "Myvi" @ Daihatsu Sirion University of Otago.Pulang agak lewat kira-kira waktu magrib nak ke isya dan hasilnya berbaloi.
Kedudukan daerah Otago di South Island
Kedudukan Balclutha dari pusat bandar Dunedin
Kaitangata yang terletak di Balclutha merupakan lubuk tumpuan pemancing
Serangan diketuai oleh Saudara Munir Muji dan Bukhari dengan menaiki Ford Telstar beliau.Kaitangata yang terletak di Balclutha merupakan lubuk tumpuan pemancing
2 trip pertama tidak berjaya membuahkan hasil namun trip diulang setiap minggu walaupun pada waktu itu saya berada di Oamaru untuk attachment Rural Medicine.
Demi memancing saya sanggup pulang ke Dunedin setiap hari Jumaat yang memakan masa selama sejam setengah dan kemudian seawal jam 4 pagi hari Sabtu bertolak ke Balclutha yang memakan masa satu jam.
Trip ke 4 membuahkan hasil. Awal pagi Munir dan Buk sudah menaikkan Perch bersaiz bapak
namun kerana terperanjat trout yang memakan toby lure saya berjaya melepaskan diri setelah berakrobatik 2 x diudara.
Pertama kali dan tidak cukup pengalaman namun sangat mengecewakan. Trip pagi itu diketuai oleh Dr Haizal.
Dalam perjalanan pulang Dr Haizal tiba-tiba menyedari yang landing net dia tercicir. Tanpa membuang masa selesai makan tengahari kami kembali semula ke Balclutha. Trip repeat pada hari yang sama. Memang gila.Trip petang itu ditaja oleh kereta "Myvi" @ Daihatsu Sirion University of Otago.Pulang agak lewat kira-kira waktu magrib nak ke isya dan hasilnya berbaloi.
No comments:
Post a Comment