Thursday, April 28, 2011
Shakespear Paling Berjasa
Set paling awal yang telah banyak berjasa akhir nya telah selamat dijual berserta dengan freebies di Trademe pada 8 November lepas.
Niat awal untuk meng'upgrade' kepada BC set terbatal apabila hati telah jatuh cinta kepada Shimano Backbone Elite Combo Set berwarna merah.
Set ini dipadankan dengan reel Shimano Exage 2500 FC + Extra Spool. Made in Malaysia!
Wednesday, April 27, 2011
Taeri River
Air sungai yang agak tinggi
Kelebaran sungai meningkat hampir 3 kali ganda selepas air naik
Trout pertama Taeri River
Hujung Oktober tahun lalu merupakan kali pertama saya berkunjung ke Taeri River di bahagian Outram, sebuah lokasi yang terletak di pinggir bandar Dunedin berdekatan dengan Mosgiel.
Perjalanan menaiki kereta memakan masa lebih kurang 20 minit melalui jalan berbukit.
Spot ini merupakan tempat kegemaran kaki fly fishing namun bagi saya yang belum pandai menggunakan teknik fly fishing, spinning merupakan pilihan terbaik.
Kunjungan kali ini disambut dengan paras air sungai yang agak tinggi, lalu memungkinkan untuk menaikkan ikan dengan teknik spinning.
Saya memadankan taser fly, iaitu umpan berbulu fly fishing untuk muara dan dipadankan dengan bluefox inline spinner.
Hasilnya, untuk trip pertama ini saya berjaya menaikkan seekor brown trout yang paling kecil saya pernah dapat. Ikan itu juga merupakan satu-satunya ikan yang dinaikkan pada hari itu.
Terima kasih diucapkan kepada abg Hasbullah kerana membawa saya dan munir ke port tersebut.
m
Berpesta di Harbour
Ridzuan dan anak blue cod sebesar ibu jari
Munir dan Blue cod saiz sederhana
Munir dan Red cod saiz sederhana
Sekitar Oktober 2010, iaitu pada penghujung musim luruh, saya dan kawan-kawan berkesempatan memancing di Otago Harbour .
Air pasang malam dan cuaca yang cantik membuahkan hasil yang agak lumayan.
Pelbagai spesis berjaya didaratkan hanya dari tebing di sebelah tiang bangunan bertingkap kaca.
Antara spesies yang dinaikkan ialah red cod, spotty, blue cod, pig fish, dan black cod.
Ridzuan yang bukan kaki pancing turut sama menikmata keseronokkan menaikkan ikan dan selepas trip ini berkali-kali dia mengajak turun ke harbour lagi.
Penangan malam itu cukup kuat dan segar dalam ingatan sehingga ke hari ini. Masing- masing berlumba-lumba menaikkan ikan dan saling berlawan.Tak menang tangan kami di buatnya
*Nota : Sebahagian dari ikan yang dinaikkan tidak sempat ditangkap gambar.
Friday, April 1, 2011
Memancing Itik
Kalaulah trout jenis yang ganas sambar apa sahaja macam toman,
Pasti dah jadi umpan 2 ekor anak itik ini
Pasti dah jadi umpan 2 ekor anak itik ini
Pertengahan Oktober lepas, untuk pembukaan season yang baru saya dan Abang Hasbullah membuat lawatan awal untuk menduga ikan-ikan trout yang telah mudik ke hilir sungai usai proses "spawning".
Terdapat berpuluh-puluh ekor ikan yang dapat dilihat di dari tebing kerana air sungai yang jernih. Ikan dari pelbagai saiz berenang-renang dan ada yang melompat-lompat menyambar anak ikan dan fly.
Beberapa kali lure kami di ekori namun ikan-ikan tersebut lebih berminat dengan ratusan anak-anak ikan yang memenuhi sungai itu.
Kerana nasib yang kurang baik pada hari itu, saya terpaksa berpuas hati dengan sekadar mencuci mata melihat ikan-ikan dari atas tebing sahaja.
Untuk mengubati kedukaan itu, saya mengejar beberapa ekor anak itik dan berjaya menangkap dua ekor untuk diambil gambar .

Subscribe to:
Posts (Atom)