Pages

Friday, December 31, 2010

Spesies Air Tawar New Zealand

Perch

NZ native long fin eel



whitebait


Salmon



Koura



Rainbow trout


Brown trout




Walaupun pada umumnya memancing di sini sangat menyeronokkan, sekali sekala saya terfikir kenapa tidak banyak spesies ikan yang ada.

New Zealand memang sangat terkenal sebagai syurga memancing ikan Trout terutamanya pancing layang atau dikenali juga sebagai "fly fifhing".

Untuk pengetahuan anda, ikan trout sebenarnya dibawa dari Barat dan diternak untuk sukan memancing di sini.

Spesies fauna air tawar yang mendiami New Zealand ialah Rainbow Trout, Brown trout, Salmon, belut, whitebait, dan Koura ( udang kara sungai) .



notakaki: gambar diambil dari agen carian google.

Tuesday, December 21, 2010

Memancing Pertama Kali di Negara Burung Kiwi

Ingat-ingat kembali, sebenarnya saya sudah lama berkecimpung dalam bidang pe”nelayan”an ni. Semenjak sebelum sekolah rendah lagi tetapi masa itu cuma pada tahap-tahap main longkang sahaja.

Paling menarik, joran dan matakail adalah DIY . Guna batang pokok buluh jepun, benang jahit atau benang layang-layang dan jarum peniti tudung emak yang dibengkok-bengkokkan buat bentuk matakail. Teknologi "barbless hook" buatan sendiri. Semua ini arwah tok wan yang ajar di mana menurut emak, dia merupakan pemancing tegar di zaman 70-80an.

Kali terakhir memancing ialah sekitar tahun 2003 rasanya. Terlampau sibuk masa itu dengan program persediaan di Kolej Mara Banting dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke bumi Ateraroa ini.

Kemudian pada tahun 2005 saya dapat tahu yang NZ ini memang port memancing dan pemancing-pemancing sanggup datang jauh dari US,UK dan serata dunia.

Jadi, pada musim panas tahun tersebut, sebelum memulakan kerja memetik buah, saya terus mengikut saudara Khairi untuk “mengetest” sungai di Roxbugh. Saudara Khairi pula memang sudah pernah memancing di sungai tersebut semasa musim Cherry Picking 2004.

First time memancing di tempat baru, sungai dan habitat yang jauh berbeza dari Malaysia, tidak membuahkan hasil. Lagi pula trip ini lebih kepada tinjau-tinjau sambil lepas mencuba nasib cast dan gulung tali joran.


Notakaki: gambar akan menyusul kemudian.